Porsche Joplin dijual AS$1.8 juta

Porsche Joplin dijual AS$1.8 juta

NEW YORK, 11 Dis (AFP) – Porsche yang dipandu oleh mendiang legenda rock Janis Joplin memecah rekod anggaran untuk dijual dengan harga hampir AS$1.8 juta di New York semalam dalam perang bidaan selama lima minit, kata RM Sotheby’s.

Ia adalah harga rekod dunia pada pelelongan untuk Porsche 356, kata jurucakap untuk firma.

Model Cabriolet 356C 1600, wujud sejak 1964 dan yang tidak pernah meninggalkan keluarga Joplin, bertambah tiga kali ganda daripada anggaran sebelum jualan tertinggi berjumlah AS$600,000 dalam penjualan lima minit.

Joplin, yang menyanyi ‘Oh Lord, won’t you buy me a Mercedes-Benz’ – membelanjakan untuk Porsche itu tetapi memutuskan kemasan warna putih asalnya adalah terlalu suram.

Beliau mengecatnya dalam warna merah dengan mural yang termasuk imej rama-rama dan ubur-ubur, serta Joplin dan band beliau.

Jurulelong membuka bidaan pada AS$300,000 di dalam bilik yang penuh sesak di New York dengan kakitangan RM Sotheby;s mengendali talian telefon.

Dalam masa beberapa saat, harganya telah melonjak kepada AS$600,000.

Satu tepukan bergemuruh meletus apabila bidaan mencecah AS$1 juta dan sekali lagi pada AS$1.6 juta.

Dalam masa lima minit sahaja, kereta itu telah dijual dengan harga AS$1.76 juta, termasuk premium pembeli.

“Porsche 356C milik Janis Joplin tidak dinafikan merupakan salah satu Porsche paling penting sepanjang masa,” kata Ian Kelleher, pengarah urusan Divisyen Pantai Barat RM Sotheby’s, mengumumkan penjualannya pada awal tahun ini.

“Ia adalah kereta hebat yang mengatasi seni, budaya pop dan gerakan sosial serta mengagumkan sama seperti penyanyi itu sendiri.”

ARTIKEL YANG SAMA