Portugal jadi sasaran pengganas

Portugal jadi sasaran pengganas

LONDON, 3 Jun – Kehadiran Cristiano Ronaldo menjadikan pasukan Portugal sasaran signifikan bagi serangan pengganas ketika Euro 2016, menurut jurulatih Fernando Santos.

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang perlawanan tersebut, yang bermula pada 10 Jun, berikutan serangan pengganas kumpulan Islamic State di Paris pada November lalu yang meragut 130 jiwa.

“Seperti yang diketahui semua orang, Portugal digambarkan salah satu pasukan berisiko tinggi kerana kehadiran Cristiano Ronaldo. Tetapi kami bersedia bagi perkara ini,” Santos memberitahu wartawan di Wembley selepas kekalahan pasukannya 1-0 dalam persaingan persahabatan kepada England semalam.

“Dalam realiti, ini adalah tanggungjawab keselamatan Perancis. Peminat kami perlu faham bahawa pada sesuatu keadaan kami tidak dapat mengeluarkan pemain–pemain kami seperti yang kami mahukan.”

AS memberi amaran kepada rakyatnya lebih awal minggu ini bahawa perlawanan itu akan menghasilkan ‘sasaran berpotensi bagi pengganas’, yang menyokong ulasan dari Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve.

Ronaldo ketika beraksi pada perlawanan persahabatan yang lalu menentang Belgium di Leiria. Kehadiran Ronaldo menjadikan Pasukan Portugal sasaran signifikan bagi serangan pengganas ketika Euro 2016. – AP
Ronaldo ketika beraksi pada perlawanan persahabatan yang lalu menentang Belgium di Leiria. Kehadiran Ronaldo menjadikan Pasukan Portugal sasaran signifikan bagi serangan pengganas ketika Euro 2016. – AP

Pemenang Ballon d’Or tiga kali itu, bintang Real Madrid, Ronaldo, 31, adalah salah satu nama–nama yang terkenal dalam dunia sukan.

Dia tidak beraksi ketika Portugal tewas kepada England, setelah beraksi dalam kemenangan Liga Juara–Juara bersama Real Madrid ke atas Atletico Madrid di Milan pada hujung minggu lalu, tetapi dijangka akan kembali bagi perlawanan pemanasan terakhir ke atas Estonia di Lisbon pada Rabu depan.

Portugal diundi bersama Iceland, Austria dan Hungary dalam Kumpulan F pada Euro 2016. Mereka memulakan kempen menentang Iceland di Saint-Etienne pada 14 Jun ini. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA