Portugal ke Rio tanpa CR7

Portugal ke Rio tanpa CR7

LISBON, 15 Julai – Portugal semalam mengumumkan skuad bola sepaknya yang akan beraksi pada temasya Olimpik Rio, namun tiada seorang pun pemain daripada barisan juara Euro 2016, disenaraikan termasuk Cristiano Ronaldo.

Satu-satunya pemain yang memiliki pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa adalah Andre Martin menerusi dua penampilan. Berikut barisan skuad 18 pemain Portugal ke Olimpik Rio;

Penjaga gol: Bruno Varela (Vitoria Setubal), Joel Pereira (Manchester United/ENG)

Pertahanan: Edgar Ie (Villareal/ESP), Ricardo Esgaio (Sporting Lisbon), Paulo Henrique (Paços Ferreira), Tiago Ilori (Liverpool/ENG), Tobias Figueiredo (Nacional Madere)

Ronaldo tidak akan beraksi pada Olimpik Rio berikutan dengan pengumuman Portugal bahawa tiada seorang pun pemain daripada barisan juara Euro 2016 disenaraikan. – AP
Ronaldo tidak akan beraksi pada Olimpik Rio berikutan dengan pengumuman Portugal bahawa tiada seorang pun pemain daripada barisan juara Euro 2016 disenaraikan. – AP

Perancang: Andre Martins (unattached), Bruno Fernandes (Udinese/ITA), Fabio Sturgeon (Belenenses), Francisco Ramos (FC Porto), Sergio Oliveira (FC Porto), Tiago Silva (Belenenses), Tomas Podstawski (FC Porto)

Penyerang: Carlos Mane (Sporting Lisbon), Gonçalo Paciência (FC Porto), Nuno Santos (Vitoria Setubal), Salvador Agra (Nacional Madère). – AFP