Portugal lanjut perjanjian Santos hingga 2020

Portugal lanjut perjanjian Santos hingga 2020

pg21_160721_d

LISBON, 20 Julai – Jurulatih Fernando Santos (gambar) telah melanjutkan kontraknya dengan Portugal sehingga tahun 2020 selepas memberi kejutan membawa mereka meraih gelaran juara Euro 2016, bos bola sepak Portugis berkata kelmarin.

Pemain berusia 61 tahun itu, yang telah bertanggungjawab mengendalikan Pasukan Portugal sejak September 2014 membawa Portugal ke kemenangan antarabangsa utama dalam kejohanan pertama mereka walaupun terpaksa melakukannya tanpa Cristiano Ronaldo untuk sebahagian besar dalam perlawanan akhir menentang tuan rumah Perancis awal bulan ini .

Perjanjian barunya itu membawanya mengendalikan pasukan itu sepanjang Piala Dunia 2018 di Rusia dan untuk Kejohanan Eropah yang akan datang.

“Kontrak baru antara FPF dan Fernando Santos akan berkuatkuasa sehingga Euro 2020,” kata Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF) dalam satu kenyataan ringkas.

Santos membina kerjayanya dengan kelab utama di Portugal – Benfica, Sporting Lisbon dan Porto – dan di Greece, dan juga melatih pasukan kebangsaan Greek. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA