Portugal larang perokok hampiri sekolah, hospital

Portugal larang perokok hampiri sekolah, hospital

LISBON, 16 Sept – Portugal telah meluluskan peraturan baru yang menegah orang ramai merokok berhampiran sekolah dan hospital, menurut majlis menteri-menteri semalam.

Di bawah undang-undang baru itu, merokok di kawasan tempat permainan kanak-kanak dan dalam kawasan yang berdekatan pintu dan tingkap bangunan kesihatan dan pendidikan adalah ditegah bermula Januari tahun depan, menurut kenyataan itu.

Peraturan baru ini bertujuan untuk melindungi warga-warga negara itu yang terdedah kepada asap rokok tanpa sengaja dan juga untuk menyumbang kepada pencegahan dan kawalan penggunaan.

Menurut Ketua Lembaga Kesihatan, kira-kira 12,000 orang maut akibat merokok tembakau setiap tahun.

Portugal telah memperkenalkan pengetatan merokok pada Januari 2008 namun longgar di bahagian negara-negara Eropah lain; bar-bar yang keluasannya lebih kecil dari 100 meter persegi membenarkan perokok merokok dan di bangunan awam yang mempunyai zon merokok jika pengudaraannya mencukupi.

Tahun lalu kerajaan telah mengetatkan lagi peraturan, dengan menegah merokok di semua bangunan awam yang tertutup.- Xinhua