Portugal pesta gol

Portugal pesta gol

GENEVA, 11 Okt – Cristiano Ronaldo akhirnya menemui rakan penjaring dalam kemenangan 6-0 Portugal ketika membenam Faeroe Islands dalam aksi kelayakan Piala Dunia semalam.

Andre Silva, prospek Porto berusia 20 tahun, menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama sebelum Ronaldo menambah gol keempat pada pertengahan babak kedua dalam kunjungan ke utara Atlantik.

Pada minir akhir, Joao Moutinho dan Joao Cancelo melengkapkan enam jaringan kali kedua Portugal dalam empat hari.

Selepas Ronaldo menjaringkan empat gol dalam kemenangan 6-0 ke ata Andorra Jumaat lalu, Silva beraksi untuk memastikan Portugal meraih enam mata penuh dalam Kumpulan B.

Portugal melonjak ke tangga kedua mengatasi Faeroese yang sebelumnya tidak pernah tewas dan belum bolos dalam dua persaingan kelayakan.

Pemain Portugal Andre Silva meraikan jaringan semasa menentang Andora dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Stadium Perbandaran Aveiro, Portugal kelmarin. – AFP
Pemain Portugal Andre Silva meraikan jaringan semasa menentang Andora dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Stadium Perbandaran Aveiro, Portugal kelmarin. – AFP

Namun, Portugal mengekori tiga mata di belakang Switzerland yang menang 2-1 di Andorra untuk melanjutkan kemenangan.

Portugal ketinggalan kerana tewas 2-0 di Switzerland dalam perlawanan pembukaan bulan lalu tanpa Ronaldo atau Silva beraksi dalam barisan utama.

Ronaldo direhatkan kerana mengalami kecederaan lutut ketika persaingan akhir Kejuaraan Eropah dan Portugal melakukan serangan dengan Eder, di mana jaringannya menjadi penentuan pada masa tambahan Euro 2016 menentang Perancis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA