Portugal punyai laluan sendiri

Portugal punyai laluan sendiri

LYON, 5 Julai – Portugal dan Cristiano Ronaldo sudah cukup sinonim tetapi nama-nama seperti Nani, Renato Sanches, Ricardo Quaresmo dan Rui Patricio adalah penyelamat rentak hambar untuk kemaraan ke separuh akhir Euro 2016.

Portugal belum memenangi mana-mana lima perlawanan mereka setakat ini pada 90 minit masa biasa. Poland, mangsa suku akhir mereka, tersingkir biarpun tidak tewas dalam perlawanan masa biasa pada perlawanan itu.

Ronaldo, yang masih menjaringkan dua gol biarpun keletihan Euro setakat ini, tidak akan membawa pasukannya menentang Wales di Lyon pada Rabu ini, bukanlah bagi keberanian rakan sepasukannya.

Bekas pemain sayap Manchester United, Nani, ditukar menjadi pemain penyerang dan menjaringkan dua gol dan memberikan bantuan.

Penjaga gol, Rui Patricio dengan bijak menyelamatkan sepakan penalti Jakub Blaszczykowski untuk memberikan kemenangan Portugal ke atas Poland selepas Sanches, 18, menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk menyamakan kedudukan pada masa biasa.

Renato Sanches (tengah) menjalani latihan bersama rakannya di Marcoussis, kelmarin. - AFP
Renato Sanches (tengah) menjalani latihan bersama rakannya di Marcoussis, kelmarin. – AFP

Quaresmo, yang pernah tampil dengan sikap yang tidak mudah dikawal di atas padang dan menjadi musuh kepada Ronaldo, dengan tenang menjaringkan gol penalti yang menyelamatkan kejayaan itu.

Dia juga menjaringkan gol menerusi tandukan yang membolehkan kemenangan masa tambahan ke atas Croatia dalam kelompok 16. Santos dipuji bagi cara dia mengatasi pasukan yang bergelut melalui kesukaran.

Santos adalah sebelumnya jurulatih Greece yang tahu bagaimana untuk membawa mereka ke final 2004 dan menewaskan Portugal di laman sendiri.

Portugal mendapatkan laluan yang pelik ke Lyon dengan pertemuan menentang Wales yang dibintangi Gareth Bale.

Mereka membenarkan Iceland bangkit setelah ketinggalan satu gol untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam kumpulan pertama mereka. Mereka melepaskan 23 rembatan di Austria tetapi hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jairngan dalam perlawanan kedua.

Portugal sebanyak tiga kali bangkit setelah ketinggalan – dengan Ronaldo menjaringkan dua gol – untuk menyamakan kedudukan 3-3 bersama Hungary. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA