Portugal tak pandang mudah Andorra, Faroe

Portugal tak pandang mudah Andorra, Faroe

LISBON, 6 Sept – Juara Eropah Portugal tidak akan mengambil sikap mudah ketika berdepan dengan Andorra dan Kepulauan Faroe pada saingan kelayakan Piala Dunia, kata penyerang Porto, Andre Silva.

“Kami akan melakukan serangan sebanyak mungkin dan menjaringkan gol secepat mungkin,” katanya pada sidang media di sini, semalam, sebelum sesi latihan pasukan kebangsaannya.

“Saya tahu ramai yang meletakkan kami sebagai pasukan pilihan, dan kami juga tahu kami adalah pasukan pilihan, namun itu tidak akan melekakan kami. Kami akan bermain habis-habisan untuk memenangi setiap perlawanan.”

Pemain Portugal, Renato ketika menyertai sesi latihan di Oeiras, pinggir Lisbon kelmarin. – AFP
Pemain Portugal, Renato ketika menyertai sesi latihan di Oeiras, pinggir Lisbon kelmarin. – AFP

Silva, 20, yang mendapat panggilan pertama menyertai skuad senior Portugal ketika menentang Gibraltar dan kelayakan Piala Dunia bertemu Switzerland bulan lalu berkata, dia sangat berbangga dapat bermain bersama Ronaldo.

“Saya memang tidak bersama pasukan sejak dulu tapi dia adalah pemain terbaik dunia. Beraksi bersama dia, dalam pasukan sama, membuatkan saya gembira dan saya berharap akan dapat menjaringkan sebanyak mungkin sepanjang bersamanya. Sudah tentu saya bangga.” – AFP