Portugal terus pertaruhkan CR7

Portugal terus pertaruhkan CR7

LYON, 22 Jun (AFP) – Pengurus Portugal, Fernando Santos kekal mempertaruhkan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo untuk memecah kebuntuan pasukan itu apabila bertemu Hungary bagi membantu mereka melangkah ke pusingan kalah mati saingan Euro 2016 awal pagi esok.

Ronaldo, 31, yang masih kemarau gol setakat ini, meskipun memiliki lebih 20 peluang terbaik, pasti akan muncul sebagai pemain pertama meledak gol pada empat pusingan akhir kejohanan Euro berturut-turut.

Ronaldo sudah pun mencipta nama sebagai pemain yang tampil kali ke-128 mewakili Portugal ketika pasukan itu terikat seri tanpa jaringan ketika melawan Austria Sabtu lalu iaitu aksi yang akan dikenang sampai bila-bila apabila dia terlepas sepakan penalti.

Sepakan penalti minit ke-79 itu terkena tiang gol manakala aksi melawan Iceland berkesudahan seri 1-1 tanpa sentuhan jaringan daripadanya.

Aksi Ronaldo pada Euro 2016 tidak padan dengan statusnya sebagai pemain terbaik FIFA. – AP
Aksi Ronaldo pada Euro 2016 tidak padan dengan statusnya sebagai pemain terbaik FIFA. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Penampilan selaku pemain bintang agak menghampakan penyokong Portugal dan dia sendiri pasti kecewa kerana gagal menyerlahkan kehebatan Portugal selaku pasukan pilihan Kumpulan F.

Setakat ini, Portugal menduduki tangga ketiga di belakang Iceland dan Hungary iaitu pasukan yang mesti mereka tewaskan di Stade de Lyon malam nanti untuk terus melanngkah.

“Ronaldo adalah pemain yang sudah menyumbat banyak gol saya pasti dia akan meledak jaringan pada pertemuan melawan Hungary nanti.

Cristiano akan diberi peranan mengambil sepakan percuma dan penalti. Kami semua sayangkannya, seluruh Portugal juga sayangkannya. Dia pasti memberikan persembahan dan keputusan terbaik untuk kami,’’ kata Santos.

ARTIKEL YANG SAMA