POS gantung perkhidmatan sementara

POS gantung perkhidmatan sementara

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) – Pos Malaysia Bhd menggantung perkhidmatan pos dan operasi runcitnya di Gunung Kinabalu berikutan kejadian gempa bumi baru-baru ini.

Menurut kenyataan hari ini, langkah itu juga sejajar dengan pengumuman kerajaan negeri Sabah pada 6 Jun, 2015 bahawa aktiviti mendaki di gunungitu ditutup selama tiga minggu.

“Kami di Pos Malaysia mengambil kesempatan ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.