Pos mudah alih Posiflex menang anugerah reka bentuk

Pos mudah alih Posiflex menang anugerah reka bentuk

TAIPEI, Taiwan, 9 Dis – Posiflex Technology, Inc., sebuah jenama terkemuka dunia dalam reka bentuk dan pembuatan penyelesaian POS, hari ini telah mengumumkan bahawa sistem POS mudah alih yang menjadi perintis itu, MT-4008W telah memenangi Anugerah Reka Bentuk Baik 2015 yang berprestij dari Japan Institute of Design Promotion (JDP).

MT-4008W telah diumumkan sebagai pemenang dalam kategori ‘Kedai Perabot bagi Kegunaan Komersial’.

Anugerah Reka Bentuk Baik Jepun diwujudkan pada tahun 1957 dan diperakui reka bentuk yang terbaik daripada syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia.

Penyertaan datang dari pelbagai bidang, dan kira-kira 1,200 reka bentuk diiktiraf pada setiap tahun. Simbol anugerah itu, ‘G Mark’ yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah lambang kualiti bagi reka bentuk, kecemerlangan dan fungsi.

Direka untuk industri peruncitan dan hospitaliti, MT-4008W menawarkan sebuah penyelesaian POS yang unik yang menggabungkan mobiliti sebuah tablet dengan fungsi bertenaga sebuah POS yang tidak bergerak dalam satu sistem hibrid yang revolusi.

Tablet mudah alih 8” itu menyokong sebuah pemasangan MSR dan boleh disepadukan dengan pilihan cengkaman pistol yang boleh cabut atau tali tangan bergantung kepada aplikasi itu. – Bernama

Lebih-lebih lagi, apabila tablet itu ditetapkan di stesen dok, ia adalah sebuah terminal POS sepenuhnya yang berkualiti tinggi dengan keupayaan untuk berurusan dengan urus niaga volum yang tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Posiflex Technology, Inc, Owen Chen berkata: “Ia adalah satu penghormatan yang besar untuk diiktiraf dengan anugerah Reka Bentuk Terbaik yang berprestij ini dan kami amat gembira kerana MT-4008W akan membawa simbol ‘G-Mark’.

“Bersama-sama dengan anugerah reka bentuk Red Dot dari Jerman, di mana MT-4008W telah memenanginya pada awal tahun ini, anugerah ini menunjukkan komitmen Posiflex kepada reka bentuk dan pembangunan teknologi yang berkualiti tinggi.

“Kami akan terus mencipta produk yang berinovatif yang menetapkan standard baharu bagi pelanggan kami dalam kedua-dua aspek prestasi dan reka bentuk.”

Posiflex Technology, Inc. yang ditubuhkan pada tahun 1984 telah mereka bentuk dan menghasilkan penyelesaian POS bertaraf dunia dan berjenama sendiri. Produk syarikat itu dijual di seluruh dunia melalui peruncitan, hospitaliti, perbankan, penjagaan kesihatan, kios dan banyak ruang lain.

Posiflex mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, China, India, Malaysia, Singapura, Argentina dan Dubai bersama-sama dengan rangkaian pengedaran global untuk memberikan sokongan yang tepat pada masanya kepada pelanggan di seluruh dunia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA