Pos sempadan Myanmar diserang

Pos sempadan Myanmar diserang

YANGON, 10 Okt – Berpuluh-puluh lelaki bersenjata menyerang tiga pusat kawalan sempadan secara berasingan di negeri Rakhine Myanmar kelmarin, membunuh sembilan anggota polis, mencederakan lima yang lain dan seorang dikatakan hilang, kata pihak berkuasa polis tempatan.

Lapan lelaki bersenjata turut terbunuh dan dua berjaya ditangkap, menurut laporan rasmi memetik sebagai berkata daripada Ketua Polis Mejar Jeneral Zaw Win hari ini. Tiga pusat kawalan sempadan yang diserang itu adalah Ibu Pejabat Pusat Kawalan Sempadan Kyikanpyin di perbandaran Maungtaw, Pusat Kotankauk di perbandaran Rathedaung dan Pejabat Ngakhuya.

Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa polis, 62 pelbagai senjata, 10,130 butir peluru, satu senjata tajam dan 27 peluru katrij telah dirampas oleh lelaki bersenjata dalam tiga serangan bermula lewat malam Sabtu.

Apabila anggota bersenjata yang masih hidup itu berundur, polis dan tentera dari Batalion tempatan mengawal kawasan itu dan mendapati lebih 13 senjata telah dicampak dan dibuang oleh lelaki bersenjata tersebut.

Pihak berkuasa polis telah diarahkan untuk menjaga kawasan serangan tersebut, dan menyediakan undang-undang untuk mendapatkan kembali senjata dan peluru yang dirampas oleh lelaki bersenjata. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA