Posisi Rooney kekal

Posisi Rooney kekal

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 4 Okt – Pengurus sementara England, Gareth Southgate memberi bayangan kelmarin dia akan meminta kapten Wayne Rooney terus bermain di bahagian tengah buat negaranya.

Rooney, 30, sudah memulakan tiga perlawanan terakhir Manchester United di bangku simpanan di sebalik perdebatan berterusan mengenai tempat terbaik buatnya bermain ketika kekuatan fizikalnya sudah menurun.

Kedua-dua pengurus Jose Mourinho dan Sam Allardyce, pengurus Southgate sebelum ini, mengumumkan perancangan untuk meletakkannya sebagai nombor 10, walaupun mereka kemudiannya menggunakannya di peranan tengah.

“Saya tidak mahu bertentangan dengan Jose, tetapi saya rasa Wayne boleh bermain di beberapa posisi,” kata Southgate, yang terus yakin dengan Rooney selaku kapten.

“Perkara utama yang saya mahu katakan saya akan kembali bekerja dengan pasukan: bekerja keras untuk kawalan bola, disiplin taktikal dan disiplin poisisi. Jadi apa saja posisi anda bermain, adalah jelas kepada pemain bahawa mereka memahami sepenuhnya.”

Pengurus baru England memberi bayangan akan meminta Rooney terus bermain di bahagian tengah. – AFP
Pengurus baru England memberi bayangan akan meminta Rooney terus bermain di bahagian tengah. – AFP

Rooney ialah pemegang rekod jaringan terbanyak England (53 gol) dan pemain memiliki kaps terbanyak (116), bermain di bahagian tengah di bawah Roy Hodgson ketika kempen buruk England pada Euro 2016.

Mourinho kerap berikrar Rooney akan tidak akan bermain di bahagian tengah tetapi dia telah diturunkan untuk posisi itu dalam aksi United musim ini.

Allardyce turut melahirkan hasrat untuk menggunakan Rooney di bahagian hadapan, tetapi bekas pemain Everton itu mudah dilihat mengambil kedudukan semasa kemenangan 1-0 di Slovakia, bulan lalu.

Memetik pengalaman antarabangsa Rooney yang luas, Allardyce berkata, “Itu bukan untuk saya mengatakan di mana dia akan bermain.”

Southgate mengakui kekurangan masa Rooney bermain dengan United adalah tidak sesuai dan enggan mengesahkan sama ada dia akan diturunkan dalam kelayakan Piala Dunia di laman sendiri menentang Malta, Sabtu ini.

“Saya tidak bersedia untuk memberikan pasukan saya kepada lawan tetapi saya jelas dalam fikiran bagaimana ia akan dilakukan nanti,” kata Southgate yang mengendalikan skuad B-21 England. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA