Postecoglou tarik semula kenyataan

Postecoglou tarik semula kenyataan

pg21_150903_d

PERTH, 2 Sept (Reuters) – Jurulatih Australia Ange Postecoglou (kanan) menarik semula kritikan dilempar terhadap Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) berhubung isu pembayaran menyebabkan pemain kebangsaan memboikot komitmen mereka.

Pemain tidak menghadiri penampilan komersil di Perth semalam dalam apa dilihat menjejaskan hala tuju rundingan masa depan FFA dan Bolasepak Profesional Australia terhadap perjanjian persetujuan bersama dimeterai.

“Hakikat bahawa kedua-dua pihak memikirkan masa terbaik untuk keluar bermain di tengah kem Socceroos tidak cukup baik,” kata Postecoglou.

Jurulatih pemenang Piala Asia itu enggan menyebelahi mana-mana dan berang terhadap dua pihak terbabit ketika bersiap menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Bangladesh dan bertandang ke Tajikistan minggu depan.

Dalam kenyataan FFA dikeluar semalam, Postecoglou menarik semula kenyataannya. “Sebagai seorang pegawai kanan Persekutuan Bolasepak Australia saya faham kenyataan dibuat tidak tepat,” kata jurulatih kelahiran Greece berusia 50 tahun itu.

“Dalam kes ini, boikot komersial yang dikenakan oleh Pemain Profesional Bola Sepak Australia secara langsung akan memberi kesan kepada rakan kongsi perdagangan dan akan menjejaskan program Socceroos itu.

“Saya membuat komen semalam kerana kecewa. Saya mengakui PFA memulakan keadaan yang dikesali mengganggu kami di Perth.

Saya faham FFA dipaksa bertindak balas untuk menerangkan kedudukannya kepada pihak yang berkepentingan permainan. Saya menyeru PFA memastikan bahawa tiada kem Socceroo akan disasarkan dengan cara ini pada masa depan.”

Ketika mogok pemain diketepikan dan kelayakan Piala Dunia akan diteruskan, terdapat kebimbangan bahawa permulaan musim Liga-A bulan depan boleh terjejas jika pertikaian itu tidak diselesaikan.

ARTIKEL YANG SAMA