Poster Regata 2016 diagihkan

Poster Regata 2016 diagihkan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Sempena dengan acara Regata Brunei Darussalam 2016 yang akan diadakan di perairan Sungai Brunei pada 21 Ogos ini, Majlis Penyampaian Poster Regata Brunei Darussalam 2016 telah diadakan di Tingkat 6, Dewan Serba Guna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di sini, pagi tadi.

Majlis menyaksikan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Idris bin Haji Mohd Ali yang juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2016 menerima poster acara berkenaan daripada Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Noorashidah binti Haji Ali Omar selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Publisiti dan Promosi Regata Brunei Darussalam.

Seterusnya, Haji Idris mengagihkan poster-poster berkenaan kepada pegawai-pegawai perhubungan awam kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di bawah KHEDN serta wakil-wakil media.

Majlis turut diselajurkan dengan sidang media untuk menjelaskan lanjut kepada pihak media mengenai kandungan atau acara-acara yang telah pun disusun pada acara yang dinanti-nantikan itu.

Sidang media diadakan untuk menjelaskan lebih lanjut kepada pihak media mengenai kandungan atau acara-acara yang telah pun disusun pada acara Regata 2016 itu nanti.
Sidang media diadakan untuk menjelaskan lebih lanjut kepada pihak media mengenai kandungan atau acara-acara yang telah pun disusun pada acara Regata 2016 itu nanti.
Dayang Noorashidah menyerahkan Poster Regata Brunei Darussalam 2016 kepada Haji Idris.
Dayang Noorashidah menyerahkan Poster Regata Brunei Darussalam 2016 kepada Haji Idris.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, KHEDN, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain yang juga selaku Ketua Urus Setia Jawatankuasa Kerja Regata Brunei Darussalam 2016, Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Abdul Rahman dan Inspektor Kanan Mohd Baharin Shah bin Haji Abu Bakar bagi pihak Pengarah Jabatan Siasatan Kawalan dan Lalu Lintas menyampaikan taklimat persediaan yang telah dilaksanakan dan kandungan atur cara yang akan mengambil tempat sepanjang acara itu nanti.

Inspektor Kanan Mohd Baharin antara lain menyatakan bahawa beberapa batang jalan raya akan mula ditutup pada pukul 12 tengah hari termasuk jalan-jalan yang akan dikawal selia.

Penutupan jalan termasuk Lampu Isyarat Jalan SOAS, Simpang 4, Jalan Pemancha, hala ke Jalan McArthur dan Jalan Pretty sahaja; Lampu Isyarat Jalan Kianggeh, Simpang 3 Jalan McArthur, hala ke Jalan McArthur; Lampu Isyarat Jalan Mc Arthur Simpang Jalan Pretty, hala ke Jalan McArthur sahaja; Jalan Pretty, hala ke jalan McArthur; dan Jalan Robert, hala ke Jalan Pemancha sahaja.

Haji Idris ketika mengagih-agihkan poster berkenaan.
Haji Idris ketika mengagih-agihkan poster berkenaan.

pg04_160816_d

Jalan-jalan yang akan dikawal selia pula termasuk Lampu Isyarat Jalan RIPAS, Simpang 3, Jalan Kubah Makam, Diraja; Lampu Isyarat Jalan RIPAS simpang naik ke Jalan Putera Al-Muhtadee Billah; Lampu Isyarat Jalan RIPAS simpang belakang Hospital RIPAS, Lampu isyarat Jalan RIPAS simpang 3 Jalan Haji Basir; Lampu Isyarat Jalan SOAS simpang 3 Jalan Dato Ibrahim; Lampu Isyarat Jalan SOAS simpang 4 Jalan Stoney; Lampu Isyarat Jalan SOAS simpang 3 Jalan Bendahara; Lampu Isyarat Jalan SOAS simpang 4 Jalan Elizabeth II; Lampu Isyarat Jalan SOAS simpang 4 Jalan Pemancha dan sepanjang Jalan McArthur serta sepanjang Jalan Kianggeh.

Beliau menyarankan kepada orang ramai dengan mengamalkan sikap bertolak ansur kepada semua pengguna, meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat yang telah ditetapkan lebih awal serta tidak menghalang kelancaran lalu lintas, terutamanya di kawasan pusat Bandar Seri Begawan dan mematuhi anggota polis yang bertugas di setiap simpang terbabit.

ARTIKEL YANG SAMA