Potensi Pelabuhan Muara perlu ditingkatkan

Potensi Pelabuhan Muara perlu ditingkatkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Kementerian Perhubungan, semalam, telah mengadakan sesi dialog bersama pihak-pihak berkepentingan ke arah menjadikan Pelabuhan Muara sebagai salah sebuah ‘trans-shipment hub’ di rantau BIMP EAGA dan ASEAN.

Sesi dialog yang diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan telah dimudah cara oleh Dr. Jonathan Beard, yang merupakan seorang pakar perunding yang disokong oleh pihak Bank Pembangunan Asia (ADB).

Hadir pada sesi berkenaan ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad, para pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya, serta agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan.

Sesi dialog antara lain telah membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Pelabuhan Muara khususnya mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dihadapi oleh pengguna-pengguna perkhidmatan dan kemudahan pelabuhan.

Dr. Jonathan Beard semasa sesi dialog di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.
Dr. Jonathan Beard semasa sesi dialog di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

Hasil daripada dialog ini memberikan arah tuju ke arah potensi meningkatkan kesalinghubungan dan daya saing Pelabuhan Muara melalui tindakan memperbaiki mutu perkhidmatan, kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada.

Seterusnya, akan dijadikan bagi membantu kajian ADB dalam membuat penilaian dan cadangan ringkas ke arah mempertingkatkan kesalinghubungan dan daya saing Pelabuhan Muara.

ARTIKEL YANG SAMA