Potong jari sokong pembangkang India

Potong jari sokong pembangkang India

NEW DELHI, 10 Jan (AFP) – Seorang ahli perniagaan telah memotong salah satu jarinya sebagai tanda terima kasih kepada tuhan selepas ketua pembangkang India, Sonia dan Rahul Gandhi diberi ikat jamin dalam satu kes mahkamah, menurut laporan hari ini.

Induvalu Suresh, 35, menetak jari kelingkingnya bulan lalu sebelum membungkusnya dengan wang kertas dan menyimpannya dalam kotak derma kuil Hindu di selatan negara itu, menurut Times of India.

Pemilik perniagaan granit itu, dari Ramanagara berhampiran bandar selatan Bangalore, mengatakan dia telah berikrar untuk melakukan rasa terima kasih luar biasa jika kedua-duanya anak dan ibu bagi dinasti Gandhi terkenal diberikan ikat jamin.

“Saya bungkus jari itu dalam wang kertas 1,000 rupee (AS$15) dengan surat kepada tuhan untuk menyatakan terima kasih kerana memberi ikat jamin kepada Sonia dan Rahul dan menyimpannya dalam hundi (kotak derma),” Suresh memberitahu akhbar.

“Saya tidak rasa sakit apabila saya menetak jari saya. Kemudian, saya pergi ke hospital berhampiran kuil dan memberitahu doktor, saya terpotong jari semasa membaiki pemampat penyaman udara kereta saya,” ujarnya.

Keluarga Gandhi, ketua parti Kongres yang ditewaskan pada pilihan raya 2014, telah dibicarakan di mahkamah bulan lalu berhubung pertuduhan yang mereka telah menyalahgunakan dana akhbar yang pernah dijalankan oleh keluarga berkenaan.

Pasangan itu telah diberikan ikat jamin dalam kes yang dibawakan oleh ahli politik dari Parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP).

Akhbar itu telah dilancarkan oleh perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru dan ditutup pada 2008.

Sonia Gandhi, balu cucu lelaki Nehru, Rajiv, kemudian menjadi ketua penaung firma berkenaan yang mentadbir penyiaran itu.

ARTIKEL YANG SAMA