Potongan $2 bagi golongan berpencen

SUKACITA saya merujuk dengan kenyataan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin OKML Haji Mohd Yusof pada satu sidang media di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) mengenai dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah memperkenankan sokongan Majlis Ugama Islam Brunei bagi penetapan pemotongan gaji sebanyak $2 secara automatik daripada setiap warga perkhidmatan awam untuk disumbangkan ke Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam.

Di sini saya juga ingin mencadangkan agar ia juga dilaratkan kepada bekas pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang beragama Islam dan berpencen bulan bagi mereka yang mahu sahaja, dengan cara mengisi borang yang bersesuaian yang boleh didapati di rumah ketua-ketua kampung dan juga di Jabatan Kewangan (Bahagian Pencen).

Mudah-mudahan cadangan saya ini dipersetujui oleh pihak berkenaan dan akan disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mendapatkan titah perkenan. – Cucu Awang Mohd Daud Jagad