Potret muda Elizabeth II melalui ‘The Crown’

Potret muda Elizabeth II melalui ‘The Crown’

NEW YORK – Seorang penulis terkenal yang mana sebelum ini pernah menghasilkan skrip untuk filem ‘The Queen’ sekali lagi akan muncul dengan satu siaran siri TV yang bertajuk ‘The Crown’.

Siri TV ini akan mempamerkan satu potret kegemilangan Elizabeth II dan akan mengandungi 10 buah episod dan telah menemui penonton pada hari Jumaat yang lalu.

Pegambaran siri TV ini memerlukan bajet yang sangat tinggi dan dijangka akan mampu menyaingi rancangan siri TV yang lain seperti ‘House of Cards’ dan ‘Narcos’.

Siri TV ini akan diiringi dengan pembabitan Peter Morgan yang sinonim dengan kehidupan Elizabeth II melalui filem ‘The Queen’ yang telah diterbikan pada tahun 2006.

Filem tersebut telah diarahkan oleh Stephen Frears dan telah menjadikan Helen Mirren sebagai pemenang Oscar melalui lakonannya dalam filem tersebut.

Dilakonkan oleh Claire Foy, yang mana sebelum ini pernah melakonkan watak Anne Boleyn di siaran TV BBC melalui siri TV, ‘Wolf Hall’ dan ‘The Elizabeth Windsor of The Crown’ akan menjadi sebuah bibilografi yang akan memaparkan sikap dan rasa sensual Baginda. – AFP
Dilakonkan oleh Claire Foy, yang mana sebelum ini pernah melakonkan watak Anne Boleyn di siaran TV BBC melalui siri TV, ‘Wolf Hall’ dan ‘The Elizabeth Windsor of The Crown’ akan menjadi sebuah bibilografi yang akan memaparkan sikap dan rasa sensual Baginda. – AFP

Peter juga masih mengekalkan persahabatan yang akrab bersama dengan bekas seorang perdana menteri dan juga pelakon terkenal, Helen Mirren.

Walaupun kebanyakan cerita sebelum ini memfokuskan tentang kehidupan Elizabeth ketika dewasa sehinggalah ke waktu usia sudah tua, Peter Morgan dan pengarah, Stephen Daldry telah mencetuskan satu idea dalam menyiarkan satu siri TV baru yang bertajuk ‘The Crown’ yang mengisahkan tentang bibilografi kehidupan Elizabeth II ketika di usia muda dan perkahwinan Baginda bersama dengan Philip Mountbatten selepas berlakunya peperangan di British.

Pihak Netfliz telah bersedia untuk menumpukan perhatian terhadap proses pengambaraan siri TV itu dan menurut beberapa laporan, pihak penerbit telah membelanjakan sekitar AS$100 juta untuk siri TV itu.

“Apa yang dilakukan oleh anda ataupun Baginda adalah satu perkara yang memerlukan privasi,” kata Winston Churchill yang meletakkan Elizabeth ketika baginda diusia yang muda dan terkenal sebagai seorang yang berkaliber tinggi dalam sejarah pemerintahan British.

Dunia ‘Lelaki’

Di sepanjang kegemilangan Baginda selama 90 tahun dan 64 tahun memegang takhta pemerintahan, agak sedikit ditonjolkan tentang cerita kehidupan Baginda ketika diusia yang muda.

Dilakonkan oleh Claire Foy, yang mana sebelum ini pernah melakonkan watak Anne Boleyn di siaran TV BBC melalui siri TV, ‘Wolf Hall’ dan ‘The Elizabeth Windsor of The Crown’ akan menjadi sebuah bibilografi yang akan memaparkan sikap dan rasa sensual Baginda.

Peter Morgan telah merancang untuk mendidekasikan sepenuhnya terhadap perjalanan siri TV ‘The Crown’ itu dalam musim pertama dan memaparkan perjalanan selama enam dekad pemerintahan Baginda yang mana bermula dengan beberapa kesukaran dan dipimpin oleh Churchill setelah kematian mengejut ayah Baginda, George VI.

Morgan dan Daldry dipelawa untuk memaparkan liku-liku perjalanan dalam sebuah potret tradisi namun masih mengekalkan satu kombinasi moden dengan siaran siri TV ini.

Sebagai seorang wanita yang berkecimbung dalam dunia lelaki, Baginda mendapati bahawa kedudukannya lebih tinggi berbanding dengan kedudukan suaminya malah dilayan dengan begitu baik oleh perdana menteri.

Harris yang berusia 55 tahun dapat membayangkan bagaimana dirinya untuk melakonkan watak kerabat Diraja yang mana merupakan satu tugasan yang sangat berat dan memerlukan fokus yang sangat tinggi. – AFP
Harris yang berusia 55 tahun dapat membayangkan bagaimana dirinya untuk melakonkan watak kerabat Diraja yang mana merupakan satu tugasan yang sangat berat dan memerlukan fokus yang sangat tinggi. – AFP
Siri TV ini akan diiringi dengan pembabitan Peter Morgan yang sinonim dengan kehidupan Elizabeth II melalui filem ‘The Queen’ yang telah diterbikan pada tahun 2006. – AFP
Siri TV ini akan diiringi dengan pembabitan Peter Morgan yang sinonim dengan kehidupan Elizabeth II melalui filem ‘The Queen’ yang telah diterbikan pada tahun 2006. – AFP

Pertengahan kronologi ‘The Crown’ memaparkan liku-liku perjalanan cinta antara Elizabeth dan juga Philip yang akan memperlihatkan satu adegan yang penuh kompleks dan memberikan satu rangsangan yang lebih daripada formal.

Kebimbangan berpanjangan

Foy yang berusia 32 tahun, memuji dengan apa yang telah dilakukan oleh Peter Morgan yang mana telah berjaya menyediakan pelbagai dokumen sejarah terhadap fokusk subjek cerita dan memperlihatkan banyak kejutan serta kepelbagaian.

Sidang akhbar yang dilakukan baru-baru ini di New York menyaksikan Foy memperlihatkan bahawa semakin ramai ingin mengikuti kehidupan kerabat Diraja. “Seolah-olah anda terlupa siapa diri anda,” tambahnya kepada wartawan AFP.

Vanessa Kirby yang akan memainkan watak adik kepada Elizabeth, Margaret, berkata bahawa Peter Morgan telah berupaya menentang dan memperlihatkan satu isu kesukaran terhadap kehidupan kerabat Diraja sebagaimana yang diimiginasikan oleh Peter, seperti meletakkan batu di dalam kasut.

“Tidak ada sesuatu yang senang dan mudah, malah ia adalah sesuatu yang sukar dan sangat mencabar,” kata pelakon yang berusia 28 tahun itu kepada wartawan AFP.

Manakala George VI akan dilakonkan oleh Jared Harris yang mana sebelum ini terkenal melalui rancangan terkenal di British, ‘Mad Men’.

Harris yang berusia 55 tahun dapat membayangkan bagaimana dirinya untuk melakonkan watak kerabat Diraja yang mana merupakan satu tugasan yang sangat berat dan memerlukan fokus yang sangat tinggi.

“Pada masa yang sama, kita berada di posisi yang sangat aneh dan apabila berlakunya kekurangan, ia dengan mudah akan dibawa dan hanyut dibawa lari dan kita akan bertanggungjawab terhadap penyimpangan sejarah 1,000 tahun yang lalu keturunan kerabat Diraja, bayangkan bagaimana kebimbangan kami dan ia berpanjangan,” tambah Harris mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA