Potret Presiden Kazakhstan dijangka dipapar dalam wang kertas

Potret Presiden Kazakhstan dijangka dipapar dalam wang kertas

ASTANA, Kazakhstan, 15 Nov – Potret Presiden Kazakh, Nursultan Nazarbayev dijangka dipaparkan pada wang kertas baru negara Asia Tengah itu, kata bank negara hari ini, dalam satu testimoni lain menonjolkan personalitinya.

Wang kertas baru dengan nilai 10,000-tenge (AS$30) yang bercirikan potret pemimpin berusia 76 tahun itu akan diedarkan bermula 1 Disember, pada ketika cuti awam bagi meraikan kepimpinannya.

“Semua pencapaian Kazakhstan sejak merdeka tidak dapat dipisahkan daripada Presiden Pertama Republik Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev,” pengerusi bank negara Daniyar Akishev berkata hari ini semasa sidang media di bandar Astana.

Tenge adalah salah satu daripada banyak mata wang bekas Soviet yang telah dilanda oleh sekatan Barat ke atas negara jiran Rusia berhubung Ukraine dan ditekan lagi dengan harga tenaga.

Nazarbayev, yang rasminya dikenali dengan jolokan ‘Bapa Kenegaraan’, sudah pun menjadi subjek pujian dalam filem biografi, manakala Astana yang gilang-gemilang juga memiliki sebuah muzium bagi menghormatinya.

Namun autokrat itu, yang telah memerintah Kazakhstan sebelum negara itu mendapat kemerdekaan rasmi dari Moscow pada 1991, bukan pemerintah pertama dalam rantau kaya tenaga yang menghiasi wang kertas.

Di negara jiran Turkmenistan, pemimpin sebelumnya, Saparmurat Niyazov muncul dalam mata wang tempatan manat namun telah dibatalkan dalam wang kertas dan wang syiling selepas kematiannya pada 2006. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA