Potro mara suku akhir Delray Beach

Potro mara suku akhir Delray Beach

DELRAY BEACH, Amerika Syarikat (AS), 19 Feb (AFP) – Juara Terbuka AS 2009 yang dibelenggu dengan kecederaan, Juan Martin Del Potro semalam mara ke suku akhir pertandingan Terbuka ATP Delray Beach dengan menewaskan pemain kelayakan dari Australia, John-Patrick Smith 6-4, 6-4.

Dalam pertandingan kedua aksi kembalinya selepas berehat selama hampir setahun, pemain wildcard dari Argentina itu, 27, menempah tempat dalam pusingan lapan terakhir menentang pilihan kelima dari Perancis, Jeremy Chardy, yang menyingkirkan pemain wildcard dari AS, Noah Rubin 6-4, 6-2 dalam satu lagi pertandingan pusingan kedua.

Del Potro, yang berada di rangking ke-1,042 dunia selepas tidak beraksi hampir sepanjang musim 2004 dan 2005 kerana kecederaan pergelangan tangan kiri, menjalani pembedahan pada Jun lalu dan tidak beraksi dalam ATP sejak Mac lalu sehingga minggu ini.

Smith, pemain tangan kidal rangking ke-135 dunia, terjejas pada permainan terakhir set pertama.

Dia mendahului 2-1 tetapi Del Potro kembali menguasai pada permainan keempat.

Pemain dari Amerika Selatan itu mendahului 5-3 dan melakukan servis bagi permainan itu tetapi Smith kembali mengatasinya dan melakukan servis sepenuhnya, hanya menyaksikan Del Potro menamatkan persaingan selepas 77 minit apabila pukulan forehand pemain dari Australia itu terkandas di jaring.

Del Potro dan Chardy, rangking ke 30, berpecah bagi dua pertemuan.

Del Potro memenangi pertandingan suku akhir Cincinnati 2012 tetapi pemain dari Perancis itu mencatatkan kemenangan lima set pada pusingan ketigha Terbuka Australia 2013.