Pound jatuh mendadak 6%

Pound jatuh mendadak 6%

TOKYO, 7 Okt – Pound mengalami ‘kejatuhan mendadak’ di Asia hari ini penjualan dijana kompu-ter dalam mata wang tidak menentu, ketika ucapan Presiden Perancis Francois Hollande menekankan tentang bahaya yang menanti bagi Britain yang diambang Brexit.

Magnitud kejatuhan enam peratus menunjukkan kemungkinan turun naik seterusnya menanti sterling, yang terjejas minggu ini selepas Perdana Menteri Britain menyusun jadual untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam dagangan awal pound jatuh kepada catatan rendah 31 tahun, AS$1.1841 sebelum segera melonjak kembali kepada kira-kira AS$1.2450.

Euro juga mencatatkan ketinggian tujuh tahun 94.15 peni sebelum menurun sedikit, ketik minit-minit dari Bank Pusat Eropah menyatakan ia tidak mungkin mengurangkan rangsangannya dalam masa terdekat ini.

Bercakap Rabu lalu, Hollande berkata EU seharusnya mengambil pendirian tegas dengan London ketika rundingan keluar untuk menghalang perpecahan dalam gabungan itu.

Seorang pedagang sedang melihat skrin komputer menunjukkan kadar yen Jepun mengatasi pound Britain dalam pembrokeran di Tokyo pada 7 Oktober. – AFP
Seorang pedagang sedang melihat skrin komputer menunjukkan kadar yen Jepun mengatasi pound Britain dalam pembrokeran di Tokyo pada 7 Oktober. – AFP

“Mesti ada ancaman, mesti ada risiko, mesti ada harga, kalau tidak kita akan dalam rundingan yang tidak berakhir dengan baik dan tidak dapat dielakkan akan memberi kesan pada ekonomi dan manusia,” kata beliau.

“Britain telah memutuskan berhubung Brexit, malah saya percaya Brexit yang lagi keras. Kita mesti menyelesaikan dengan kesediaan Britain untuk meninggalkan EU. “Kita mesti ada ketegasan.”

Penganalisis IG Markets, Angus Nicolson berkata ‘nampaknya seperti kejatuhan mendadak ekoran peraturan dido-rong oleh ulasan dari Hollande. “Memandangkan jumlah rendah dalam sesi di Asia, ia akan memaksa peraturan lain menyertai dan meneliti kejatuhan itu.”

Dan Jeffrey Halley penganalisis kanan pasaran di OANDA, menambah “Ekoran ulasan pagi ini dari Hollande, yang menuntut rundingan ‘tegas’ Brexit, GBPUSD akhirnya dapat melepasi sokongan AS$1.26

“Apa yang menyusul selepas ini sangat mengagumkan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA