Pound merosot ke atas dolar

Pound merosot ke atas dolar

LONDON, 4 Okt – Mata wang pound menurun kepada 31-tahun rendah ke atas dolar hari ini berkaitan kebimbangan berhubung tempoh masa rancangan keluar Britain dari Kesatuan Eropah, menurut para pedagang.

Mata wang Britain juga dilanda penurunan rendah tiga tahun ke atas euro, sementara kejatuhan itu membantu menekan tanda aras indeks saham FTSE 100 London meningkat kepada 16 bulan tinggi di sebalik 7,000 poin semasa pembukaannya.

Sekitar 0725 GMT, mata wang pound mencatat $1.2757 – tahap paling rendah sejak 1985.

Sementara itu, Sterling diniagakan pada 87.56 pence kepada euro – tahap terlemahnya sejak 2013. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA