Pound, saham AS, Eropah naik semula

Pound, saham AS, Eropah naik semula

NEW YORK, 29 Jun (AFP)– Saham AS dan Eropah meningkat mendadak semalam, mencatat pemerolehan pertama mereka sejak pengundian Britain untuk keluar daripada EU, sementara pound berpulih tatkala pelabur kembali ke pasaran.

Lantai perniagaan nampaknya telah mengetepi perasaan panik akibat Brexit, dengan pelabur memulakan tawar-menawar selepas mengalami kerugian besar selama dua hari.

“Ia adalah kelegaan untuk pasaran ekuiti Eropah hari ini tatkala para pelabur mula menyerap kesan salah anggap bagi pihak pelabur terhadap keputusan referendum Kesatuan Eropah UK pada minggu lalu,” kata Michael Hewson, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets.

“Kebimbangan masih wujud mengenai kemasukan syarikat UK dalam pasaran, dan timbulnya elemen risiko harga, namun untuk sekarang, nampaknya pasaran mulai kembali kepada keseimbangan baru mereka,” tambah beliau.

FTSE 100 di London meningkat 2.6 peratus, begitu juga dengan CAC 40 di Paris, sementara DAX 30 di Frankfurt meningkat 1.9 peratus.

South Korea Financial Markets

Wall Street mengikut pasaran Eropah yang mencatat pemerolehan, dengan S&P 500 meningkat 1.8 peratus.

“Dalam jangka pendek, kami mengalami penjualan berlebihan,” kata Art Hogan, ketua ahli strategi pasaran di Wunderlich Securities di New York.

“Kami menjejak semula kira-kira satu pertiga daripada per-gerakan menurun dan kami masih mempunyai banyak soalan seperti dua hari lalu.”

Dolar merosot berbanding pound dan euro selepas pemerolehan kukuh dalam dua sesi sebelumnya. Pada kira-kira 2100 GMT, pound naik 0.8 peratus kepada $1.3340.

ARTIKEL YANG SAMA