PPDBM anjur pengembaraan dari Tasek Sarubing

PPDBM anjur pengembaraan dari Tasek Sarubing

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Sebagai ujian bagi menilai ketahanan mental dan fizikal ahli-ahli Pengakap Remaja untuk melayakkan mereka menerima Anugerah Pengakap Remaja, Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara (PPDBM) telah menganjurkan pengembaraan berjalan kaki bermula dari Tasek Sarubing hingga ke Taman Peranginan Tasek Lama.

Perjalanan sejauh kira-kira 8 kilometer itu diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Pengiran Abdul Wahab bin Pengiran Hassan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei Muara (Zon I), Skipper Shahruni bin Haji Sharbini dan diikuti dengan penerangan mengenai pengembaraan oleh Skipper Pengiran Roslan bin Pengiran Haji Tajuddin.

Pengembaraan yang mengambil masa selama empat jam itu disertai oleh seramai 80 orang ahli Pengakap Muda dan Remaja, pesuruhjaya PPNBD, pemimpin-pemimpin serta penolong pemimpin pengakap di Daerah Brunei dan Muara.

Aktiviti tersebut antara lain juga bertujuan sebagai beriadah sambil mengisi masa hujung minggu ahli-ahli Pengakap Remaja dengan perkara yang berfaedah, di samping memberi pengalaman yang berharga kepada mereka semasa menjalani aktiviti merentas hutan tersebut. – Hamdanajib Haji Domeng

Gambar ramai ahli PPDBM semasa pengembaraan dari Tasik Sarubing ke Tasek Lama.
Gambar ramai ahli PPDBM semasa pengembaraan dari Tasik Sarubing ke Tasek Lama.

ARTIKEL YANG SAMA