PPM Semporna rampas rokok bernilai RM19,410

PPM Semporna rampas rokok bernilai RM19,410

SEMPORNA, 9 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 1,000 bungkus rokok jenis Astro bernilai kira-kira RM19,410 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata, kesemua rokok tersebut dirampas dalam operasi pada 2.45 petang di perairan Gelam-Gelam, dekat sini.

“Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan. Setelah menyedari kehadiran pasukan peronda, dua individu dalam bot pam itu bertindak terjun dan gagal dikesan.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot pam itu, ditemui muatan 400 bungkus rokok Astro Hijau dan 600 bungkus rokok Astro Merah,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama