PPNBD anjur Khatam 32 kali

PPNBD anjur Khatam 32 kali

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun ini, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 32 kali di Balai Ibadah Kompleks Pengakap Jalan Gadong hari ini.

Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan kegiatan keagamaan yang dijalankan Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan, untuk menyuntik dan menggalakkan semangat cintakan kitab suci Al-Quran, di samping menerapkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan ahli pengakap.

Ia juga bagi memastikan ahli pengakap meningkatkan amalan dan mengeratkan hubungan silaturahim, selain mempertingkatkan persefahaman dan kerjasama antara agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia.

Lebih 100 orang ahli Pengakap telah hadir di dalam majlis khatam Al-Quran ini yang turut dihadiri tetamu kehormat, Naib Yang Di-Pertua PPNBD, Haji Abu Bakar bin Haji Ahmad.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, timbalan ketua pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya pengakap daerah, ketua eksekutif pengakap, pegawai eksekutif pengakap, pemimpin-pemimpin, ahli-ahli pengakap muda, pengakap remaja dan pengakap kelana.

Para pesuruhjaya pengakap yang menyertai majlis tersebut di Balai Ibadah Kompleks Pengakap.
Para pesuruhjaya pengakap yang menyertai majlis tersebut di Balai Ibadah Kompleks Pengakap.
Antara ahli pengakap perempuan yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran 32 kali.
Antara ahli pengakap perempuan yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran 32 kali.

Doa khatam dipimpin oleh pesuruhjaya pengakap diikuti dengan bacaan tahtim oleh ahli-ahli pengakap.

Dua buah kumpulan telah menyertai pembacaan tadarus ayat-ayat suci Al-Quran terdiri daripada bahagian pengakap lelaki dan bahagian pengakap perempuan dan berjaya menghabiskan sebanyak dua kali khatam Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA