PPNBD bertahlil di Kubah

PPNBD bertahlil di Kubah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPNBD, hari ini, rombongan ahli pengakap di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, berkenaan diketuai oleh Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas.

Turut hadir ialah Naib Yang Di-Pertua, Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya pengakap daerah, pegawai eksekutif pengakap, para pemimpin pasukan pengakap dan penolong pemimpin pasukan pengakap.

Dato Paduka Haji Idris bersama pesuruhjaya dan pemimpin pengakap bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Dato Paduka Haji Idris bersama pesuruhjaya dan pemimpin pengakap bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Keagamaan, Awang Muhammad Arif bin Abdul Hadi.

Majlis itu diadakan dengan hasrat untuk memperingati segala sumbangan dan jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien yang banyak membantu pergerakan pengakap di Brunei.

Selain itu, ia juga merupakan kegiatan tahunan bagi PPNBD dalam mensyukuri serta memperingati penerimaan secara rasmi persekutuan Pengakap negara ini ke dalam Pergerakan Pertubuhan Pengakap Sedunia sebagai ahli penuh yang ke-117 pada 1 Julai 1981.

ARTIKEL YANG SAMA