PPNBD rai Hari Kedamaian A’bangsa

PPNBD rai Hari Kedamaian A’bangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) bersama warga dunia terus mengenang Hari Kedamaian Antarabangsa yang disambut pada 21 September setiap tahun.

PPNBD tahun ini menyambut hari istimewa itu secara sederhana dengan mengambil pendekatan mengingatinya bersama warga Sekolah Ugama Beribi hari ini bagi menghargai sumbangan sekolah itu ke arah mengekalkan kedamaian dengan menjaga keharmonian dan alam sekitar.

Sambutan diserikan dengan penyerahan tujuh batang anak pokok hiasan yang disumbangkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Haji Badar bin Haji Ali kepada Guru Besar Sekolah, Pengiran Hajah Aminah binti Pengiran Haji Vakar.

Penyerahan anak pokok turut disaksikan oleh Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III dari Jabatan Pengajian Islam, Awang Mohd Zamery bin Haji Nayan, Ketua Unit Sekolah-sekolah Ugama, Bahagian Kokurikulum, Awang Shahrin bin Haji Abd Razak, Ketua Unit Akademik dan Peperiksaan, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Haji Sufri bin Amit @ Othman, guru-guru sekolah serta pelajar sekolah tersebut.

Warga PPNBD dan Sekolah Ugama Beribi bergambar ramai semasa meraikan Hari Kedamaian Antarabangsa.
Warga PPNBD dan Sekolah Ugama Beribi bergambar ramai semasa meraikan Hari Kedamaian Antarabangsa.
Pelajar menanam anak pokok yang disumbangkan oleh PPNBD.
Pelajar menanam anak pokok yang disumbangkan oleh PPNBD.

Turut hadir di majlis penyerahan anak pokok itu ialah Setiausaha Agung PPNBD Haji Zainuddin bin Haji Jaafar, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Keagamaan merangkap Penyelaras Utusan Damai PPNBD Haji Othman bin Durani, Pegawai Eksekutif Pengakap Zainudin bin Haji Ishak dan Penolong Pengurus Hartanah PPNBD Haji Abdul Rajak bin Sigai.

Pokok itu kemudiannya ditanam di perkarangan sekolah itu bersama pasukan pengakap dan warga sekolah lain.

Sambutan Hari Kedamaian dihasratkan dapat menyemai inspirasi dan melahirkan ahli pengakap yang berperanan menjadikan dunia ini lebih terpelihara dan aman damai untuk dihuni semua.

ARTIKEL YANG SAMA