PPNBD sertai kempen ‘Clean Up The World’

PPNBD sertai kempen ‘Clean Up The World’

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Ahli-ahli pengakap daripada Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) tidak ketinggalan untuk bersama-sama masyarakat di seluruh dunia dengan mengambil bahagian melaksanakan program kempen ‘Clean Up The World’ 2016 yang disambut serentak pada setiap minggu ketiga bulan September.

Sehubungan itu, lebih 100 orang ahli pengakap yang terdiri daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pemimpin-pemimpin pasukan pengakap, ahli pengakap tunas, pengakap muda, pengakap remaja, pengakap kelana daripada 10 buah pasukan pengakap mengambil bahagian dalam kempen membersihkan pantai yang berlangsung di sepanjang Pantai Berakas, hari ini.

Hadir mengetuai kempen itu ialah Pegawai Eksekutif Pengakap, Awang Zainudin bin Haji Ishak, yang turut memberikan taklimat mengenai program ‘Clean Up The World’ 2016.

Dalam program membersihkan pantai itu, para peserta telah berjaya mengumpulkan sebanyak lebih 250 kilogram sampah.

Ahli-ahli pengakap berjaya mengumpulkan lebih 250 kilogram sampah.
Ahli-ahli pengakap berjaya mengumpulkan lebih 250 kilogram sampah.

Sementara itu, kempen yang serupa turut diadakan di Pantai Peranginan Kampung Sungai Liang, Daerah Belait di mana kerja membersihkan kawasan pantai peranginan itu telah dijalankan oleh seramai 10 orang ahli Pasukan Pengakap Terbuka 3040 Kampung Sungai Liang.

Program yang membawa tema ‘Our Place… Our Planet… Our Responsibility’ telah dianjurkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan disokong oleh Pergerakan Pertubuhan Pengakap Sedunia (WOSM) serta pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan.

Awang Zainudin ketika memberi penerangan program kepada peserta di Pantai Berakas.
Awang Zainudin ketika memberi penerangan program kepada peserta di Pantai Berakas.
Ahli-ahli pengakap menyambut kempen ‘Clean Up The World’ 2016 dengan membersihkan sekitar Pantai Berakas.
Ahli-ahli pengakap menyambut kempen ‘Clean Up The World’ 2016 dengan membersihkan sekitar Pantai Berakas.

Program itu bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk kefahaman betapa pentingnya pengetahuan kepada generasi sekarang serta peranan mereka dalam penjagaan kebersihan di muka bumi ini.

Kempen tahun ini, itu merupakan penyertaan PPNBD kali ke-7 sejak 2010 dengan penyertaan pertama di Pantai Serasa, kali ke-2 di Pantai Tungku, kali ke-3 di Pantai Jerudong, kali ke-4 di Tapak Jambori Nasional ke-4 di Lot Tanah Kerajaan Beribi, kali ke-5 di seluruh kawasan Kompleks Pengakap, Balai Ibadah PPNBD dan Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Jalan Gadong dan kali ke-6 di Pantai Muara.

Manakala itu, pada 25 September nanti, PPNBD akan mengadakan Larian Damai sempena sambutan Hari Kedamaian Sedunia yang akan berlangsung di Taman Peranginan Menteri Besar, Jalan Menteri Besar.

ARTIKEL YANG SAMA