PPNBD terima kunjungan pengakap Malaysia

PPNBD terima kunjungan pengakap Malaysia

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menerima kunjungan muhibah daripada rombongan Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Negeri Kedah Darul Aman, yang mengadakan lawatan persaudaraan selama tiga hari ke negara ini.

Lawatan yang bermula kelmarin hingga esok (3 Oktober) itu disertai oleh seramai 33 orang ahli pengakap terdiri daripada pesuruhjaya pengakap, pemimpin pengakap, pengakap kanak-kanak, pengakap kelana yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Haji Ismail bin Ku Ishak.

Ketibaan rombongan berkenaan di Bangunan Ibu Pejabat PPNBD dialu-alukan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Brunei Darussalam, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

Rombongan Persekutuan Pengakap Negeri Kedah bergambar ramai bersama Haji Awang Badar.
Rombongan Persekutuan Pengakap Negeri Kedah bergambar ramai bersama Haji Awang Badar.

Turut hadir mengalu-alukan rombongan ialah timbalan ketua pesuruhjaya, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, para pemimpin pengakap dan kakitangan Ibu Pejabat PPNBD.

Lawatan rombongan ke negara ini adalah untuk mengenali lebih dekat mengenai sosiobudaya Negara Brunei Darussalam, bertukar-tukar pengalaman dan kegiatan pengakap antara kedua-dua buah negara di samping mengeratkan jalinan hubungan silaturahim serta memupuk jalinan muhibah dalam kalangan ahli-ahli pengakap.

Sepanjang berada di Brunei, rombongan juga dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Seri Begawan.

ARTIKEL YANG SAMA