PPPBD panjat syukur bagi Hari Kedamaian

PPPBD panjat syukur bagi Hari Kedamaian

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Maghrib Berjemaah, bertempat di Ibu Pejabat PPPBD, Anggerek Desa, malam ini bersempena Sambutan Hari Kedamaian Sedunia 2016.

Majlis keagamaan itu merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan sebagai tanda kesyukuran atas limpah kurnia kemakmuran dan keamanan serta untuk mengukuhkan perasaan muhibah dan silaturahim dalam kalangan ahli-ahlinya.

Majlis bermula dengan solat fardu Maghrib berjemaah, solat sunat Hajat bagi memohon keamanan negara, membaca Surah Yasin beramai-ramai dan Ratib Al Attas dan seterusnya solat Isyak berjemaah.

Bacaan Doa Kesyukuran diketuai oleh penolong bendahari PPPBD.
Bacaan Doa Kesyukuran diketuai oleh penolong bendahari PPPBD.

Turut hadir ialah Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat, Datin Paduka Hajah Jusnani binti Haji Lawie serta ahli-ahli jawatankuasa tadbir PPPDB yang lain.

Hari Kedamaian Sedunia disambut pada setiap 21 September dan tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Sustainable Development Goal: Building Blocks for Peace’. PPPBD merancang beberapa aktiviti sempena Hari Kedamaian Sedunia tahun ini, termasuk acara kemuncak iaitu Majlis Sambutan Hari Kedamaian Sedunia PPPBD yang akan diadakan pada 25 September ini.

ARTIKEL YANG SAMA