PPPBD rai Hari Peringatan Sedunia

PPPBD rai Hari Peringatan Sedunia

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), hari ini, telah meraikan Hari Peringatan Sedunia 2016 (World Thinking Day 2016) dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat PPPBD, Anggerek Desa, Berakas, di sini.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, selaku Yang Di-Pertua PPPBD berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah.

Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Tahun 2016 merupakan salah satu daripada kegiatan tahunan PPPBD untuk meningkatkan serta mengukuhkan perasaan muhibah dan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli persatuan dan mempersembahkan perkembangan dan kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh pek/pasukan/unit Pandu Puteri.

Tema sambutan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) pada tahun ini ialah ‘Connect’.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan berangkat sempena Hari Peringatan Sedunia 2016 di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Anggerek Desa, Berakas.

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menyaksikan pameran.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menyaksikan pameran.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menandatangani plak memperingati Hari Peringatan Sedunia 2016.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah berkenan menandatangani plak memperingati Hari Peringatan Sedunia 2016.
Antara ahli PPPBD yang hadir pada majlis itu.
Antara ahli PPPBD yang hadir pada majlis itu.

Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim selaku pengerusi majlis, dalam sembah alu-aluannya menjelaskan bahawa beberapa perubahan telah dibuat antara WAGGGS dengan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan salah satu daripadanya adalah mengeluarkan bersama Perutusan Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2016.

Teks perutusan berkenaan telah dibacakan oleh Pesuruhjaya Perhubungan PPPBD, Dayang Nasriah binti Awang Nasib.

Acara kemuncak sambutan adalah penandatanganan plak memperingati sempena Hari Peringatan Sedunia yang disempurnakan oleh YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah yang seterusnya berkenan menyaksikan pameran Hari Peringatan Sedunia yang bertemakan ‘Connect’.

Hari Peringatan Sedunia disambut pada setiap 22 Februari bersempena dengan tarikh ulang tahun kelahiran pengasas bersama kepanduan, Lord Baden-Powell dan Lady Olave Baden-Powell, dan telah disambut sejak tahun 1926 bagi meraikan perpaduan warga dunia dan menyuarakan isu-isu yang membabitkan kanak-kanak perempuan dan wanita muda. Seperti lazimnya setiap tahun, setiap ahli persatuan digalakkan untuk membawa wang saku $1 untuk didermakan kepada Tabung Hari Peringatan 2016.

ARTIKEL YANG SAMA