PPPMB giat bantu usahawan muda

PPPMB giat bantu usahawan muda

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Seorang usahawan muda daripada Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB), Awang Muhammad Syukri bin Rasidi berlepas ke China, hari ini untuk menyertai Seminar Teknologi Maklumat Aplikasi Pertanian bagi Negara Membangun 2016 di Nanjing, Wilayah Jiangsu, China.

Seminar anjuran Universiti Pertanian Nanjing (NAU) itu akan memberi tumpuan kepada asas teknikal untuk meningkatkan dan mengubah pertanian tradisional kepada bidang pertanian moden. Seminar berkenaan dibahagi kepada kuliah dan lawatan ke pelbagai kemudahan di Nanjing, Beijing dan Xian.

PPPMB kini mengambil inisiatif mempromosikan pengetahuan dalam perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan ahlinya melalui beberapa siri seminar serta kursus di luar negara sebagai satu cara untuk memperkasakan rakyat Brunei, terutama kalangan usahawan muda. Awang Muhammad Syukri adalah anggota ke-11 PPPMB yang menyertai satu daripada pelbagai seminar keusahawanan di China setakat ini.

Awang Muhammad Syukri ketika berlepas ke China untuk menyertai Seminar Teknologi Maklumat Aplikasi Pertanian bagi Negara Membangun 2016.
Awang Muhammad Syukri ketika berlepas ke China untuk menyertai Seminar Teknologi Maklumat Aplikasi Pertanian bagi Negara Membangun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA