Pra Jualan DVD Yasmine dibukakan

Pra Jualan DVD Yasmine dibukakan

Oleh Norizan Murshid
BANDAR SERI BEGAWAN – Sejak filem Yasmine di tayangkan kepada umum pada tahun lalu ( Ogos 2014 ) pastinya ramai yang tertunggu dan ternanti nanti akan kehadiran DVD Yasmine.

Sehubungan itu, Origin Artiste Management ( OAM ) telah memberikan makluman menerusi siaran akhbarnya yang menyatakan bahawa pra jualan DVD Yasmine kini dibukakan untuk bermula dari 11 September 2015 yang mana orang ramai boleh membuat tempahan untuk membeli DVD Yasmine.

pgm16_150915_a

DVD Yasmine akan berada di pasaran pada 21 Oktober 2015 yang boleh didapati melalui beberapa premis terpilih.

Pra tempahan boleh di ambil di Origin Artistic Management Headquarters di BT Complex, Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa, Kampung Jaya Setia.

ARTIKEL YANG SAMA