Pra sekolah SU PAPRSB mulakan sesi persekolahan

Pra sekolah SU PAPRSB mulakan sesi persekolahan

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 7 Jan – Seramai 89 orang murid pra sekolah telah memulakan sesi persekolahan mereka di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (SU PAPRSB), Seria, hari ini.

Semasa sesi taklimat yang diadakan di dewan serba guna sekolah tersebut, Guru Besar SU PAPRSB, Hajah Zahrah binti Yahya berkata di antara murid-murid baru itu, 48 daripadanya merupakan murid lelaki dan 41 lagi murid perempuan, termasuk seorang murid perempuan yang bukan beragama Islam.

Kesemua murid berkenaan dibahagikan kepada empat kelas pra sekolah iaitu Pra Alif, Ba, Ta dan Sa.

Antara perbincangan yang diadakan dalam taklimat bersama ibu bapa tersebut termasuk mengenai peraturan-peraturan sekolah, panduan persekolahan yang harus diikuti, jam belajar, kehadiran anak-anak ke sekolah serta aktiviti-aktiviti yang akan diadakan.

Murid-murid pra sekolah yang baru masuk Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.
Murid-murid pra sekolah yang baru masuk Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.
Hajah Zahrah semasa bercakap kepada media pada hari pertama persekolahan.

“Alhamdulillah setiap tahun ada penambahan murid-murid yang memulakan persekolahan agama mereka di sini dan pihak sekolah sudah mengatur serta membuat pelbagai persiapan untuk pembelajaran mereka seperti aktiviti suai kenal, membersihkan bilik darjah serta menyediakan buku-buku teks,” jelas beliau.

Beliau turut melahirkan harapan agar menerusi taklimat berkenaan, ibu bapa akan dapat mengambil berat akan pelajaran agama anak-anak, memastikan mereka hadir setiap hari untuk bersekolah agama dan mengikuti perkembangan serta kemajuan mereka di samping memberi sokongan terhadap pembelajaran anak-anak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA