Premis abai kebersihan diarah tutup

Premis abai kebersihan diarah tutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Sebuah premis perniagaan di Kampung Tanjung Nangka, hari ini, telah diarahkan tutup serta-merta oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, berikutan taraf kebersihan yang tidak memuaskan.

Menurut kenyataan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, arahan penutupan sementara berkenaan adalah yang kedua dalam bulan ini, yang dikeluarkan berikutan pemeriksaan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan menasihatkan semua pemilik premis perniagaan supaya akan dapat menjaga kebersihan dan persekitaran premis perniagaan masing-masing.

Seorang pegawai penguat kuasa menampal arahan penutupan sementara di premis berkenaan.
Seorang pegawai penguat kuasa menampal arahan penutupan sementara di premis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA