Premis judi siber kena serbu

Premis judi siber kena serbu

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 24 Jun – Beberapa kaki judi tergamam sebaik premis perjudian siber yang digunakan untuk berjudi terletak di tingkat satu, Jalan Buangsiul diserbu anggota polis dalam operasi Ops Dadu malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9 malam itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Limbang diketuai oleh Inspektor Ahmad Iswaizani Ahamad Ismail menyerbu premis terbabit yang disyaki terdapat kegiatan perjudian siber. Ketika pemeriksaan dijalankan seorang penjaga premis sedang duduk di kaunter manakala beberapa kaki judi sedang leka bermain judi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superitenden Mohd Bukhori Saffai berkata suspek yang juga penjaga kaunter 39, dan dua kaki judi berusia 32 dan 46 dicekup dalam operasi itu.