Premis perniagaan diarah tutup

Premis perniagaan diarah tutup

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 14 Julai – Sebuah premis perniagaan yang didapati tahap kebersihannya tidak memuaskan telah dikeluarkan notis untuk ditutup dan memberhentikan perniagaan sementara oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait di sini.

Pemilik premis tersebut juga telah diberikan masa seminggu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan premis akan diarahkan menjalankan semula kegiatan seperti biasa sekiranya tahap kebersihan berada dalam tahap memuaskan.

Pemeriksaan oleh bahagian tersebut melalui operasi bersepadu dengan Pejabat Perkhidmatan Kesihatan Kuala Belait ke atas empat buah kedai runcit dan storan sejuk yang menjalankan perniagaan di kawasan di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait.

Semasa operasi, kebanyakan teguran kepada penyelia-penyelia premis mengenai dengan cara-cara penyusunan stok-stok barang-barang makanan dan minuman serta lain-lain dalam tempat penyimpanan stor, kerana dikhuatiri jika tatacara penyimpanan tidak mengikut kaedah yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti dan kesesuaian stok-stok yang lain, lebih-lebih lagi yang melibatkan produk tenusu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan kemungkinan keracunan makanan.

Notis penutupan sementara ke atas salah sebuah kedai setelah didapati tahap kebersihan kurang memuaskan.
Notis penutupan sementara ke atas salah sebuah kedai setelah didapati tahap kebersihan kurang memuaskan.

Operasi pemeriksaan itu bertujuan memastikan barang-barang jualan berada dalam kawalan yang selamat untuk digunakan serta mematuhi piawaian Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Peraturan-peraturan Syarat-syarat di bawah Akta Lesen Perniagaan Penggal 127(pindaan 2015) yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2015 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA