Premis perniagaan dikompaun

Premis perniagaan dikompaun

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Feb – Sebuah premis perniagaan telah dikeluarkan denda kompaun oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, berikutan pemeriksaan mengejut ke atas beberapa buah premis perniagaan di kawasan Kampung Sengkurong dan Kampung Mulaut, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, denda dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan kecil (Penggal 30), yang mana kesalahannya telah melonggokkan sampah-sampah binaan di kawasan tanah lapang berdekatan dengan premis tersebut.

Oleh yang demikian, orang awam bukan sahaja pemilik-pemilik premis perniagaan, disarankan supaya akan dapat menjaga kebersihan dan memastikan kawasan persekitaran awam dalam keadaan yang bersih.

Untuk peringatan orang ramai, adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) bagi mana-mana individu atau syarikat membuang sampah di tempat-tempat awam, dan jika didapati akan dikenakan denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan yang pertama.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan dan dipohonkan supaya akan sama-sama memelihara alam persekitaran dalam keadaan bersih dan juga mengurangkan risiko pembiakan penyakit berjangkit berpunca dari sampah sarap yang tidak dibuang dengan teratur.

ARTIKEL YANG SAMA