Presiden Afghanistan berlepas ke Tajikistan

Presiden Afghanistan berlepas ke Tajikistan

KABUL, 10 Mei (Xinhua) – Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani berlepas hari ini bagi lawatan dua hari ke negara jiran Tajikistan, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Presiden di negara itu.

“Presiden Mohammad Ashraf Ghani, mengetuai delegasi peringkat tinggi, atas jemputan rasmi Presiden Tajikistan Emomali Rahmon, telah berlepas pagi ini ke Dushanbe, ibu negara Tajikistan,” menurut kenyataan itu.

Semasa lawatan dua hari itu, Ghani akan mengadakan mesyuarat berasingan dengan Presiden Tajikistan, Perdana Menteri, Speaker Parlimen dan pegawai-pegawai lain, untuk membincangkan hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua negara, kata kenyataan itu.

Presiden Afghanistan (kiri) berlepas ke Tajikistan bagi lawatan dua hari. – AP
Presiden Afghanistan (kiri) berlepas ke Tajikistan bagi lawatan dua hari. – AP

Pemimpin Afghanistan juga akan memberi ucapannya di Universiti Nasional Tajikistan, menurut kenyataan itu.

Menteri Luar Afghanistan Salauddin Rabbani, Menteri Air dan Tenaga Ali Ahmad Usmani dan Peguam Negara Afghanistan Farid Hamidi adalah antara pegawai-pegawai lain yang mengiringi presiden, kata kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA