Presiden Afghanistan, panglima perang berdamai

Presiden Afghanistan, panglima perang berdamai

KABUL, Afghanistan, 29 Sept – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani telah menandatangani perjanjian damai dengan seorang panglima perang terkenal, berikrar untuk melobi Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyingkirkan beliau dan partinya dari senarai hitam pengganas.

Gulbuddin Hekmatyar menandatangani perjanjian itu hari ini melalui pautan video ke dalam istana presiden di Kabul. Majlis tersebut telah disiarkan secara langsung di televisyen. Ia adalah perjanjian damai pertama kerajaan Afghanistan yang telah disiapkan sejak perang dengan Taliban bermula pada tahun 2001. – AP

Presiden Afghanistan Ashraf Ghani bercakap pada majlis perjanjian damai di istana presiden di Kabul, Afghanistan, kelmarin. – AP
Presiden Afghanistan Ashraf Ghani bercakap pada majlis perjanjian damai di istana presiden di Kabul, Afghanistan, kelmarin. – AP