Presiden Argentina batal aktiviti akibat sakit jantung

Presiden Argentina batal aktiviti akibat sakit jantung

BUENOS AIRES, 5 Jun – Presiden Argentina Mauricio Macri membatalkan aktiviti rasminya hari ini, sehari selepas dirawat di hospital selama beberapa jam akibat aritmia jantung (degupan jantung tidak teratur), kata sumber kerajaan.

Macri dirawat sementara di hospital semalam di sebuah klinik persendirian berhampiran kediaman presiden dan menjalani ujian perubatan sebelum dibenarkan pulang.

Pemimpin berusia 57 tahun itu mengalami ‘aritmia sederhana’ tengah hari semalam, namun meneruskan tugas rasmi selama beberapa jam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik, menurut pegawai kerajaan. Pejabatnya berkata, Macri terpaksa membatalkan dua acara rasmi hari ini.

Jurucakapnya, Ivan Pavlovsky memberitahu Radio Mitre, presiden akan menjalani pemeriksaan di rumah hari ini dan dijangka bertugas semula minggu depan. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA