Presiden Argentina, Scioli atau Macri?

Presiden Argentina, Scioli atau Macri?

BUENOS AIRES, 26 Okt (AFP) – Bakal presiden Argentina akan diputuskan dalam satu pilihan raya muktamad pada 22 November di antara Gabernor Buenos Aires Daniel Scioli dan Datuk Bandar Buenos Aires Mauricio Macri.

Gelaran mereka bukan sahaja sama di antara kedua-dua calon, yang datang daripada keluarga kaya dengan asal-usul Itali dan berkahwin dengan bekas peragawati yang menjadi usahawan.

“Perbezaan di antara mereka adalah kurang jelas,” kata penganalisis politik Mariel Fornoni.

Namun, masih timbulnya perbezaan menonjol – terutamanya apabila ia membabitkan sama ada mereka akan mengekal atau membubarkan peninggalan 12 tahun lalu di bawah Presiden Cristina Kirchner dan mendiang suaminya Nestor.

Di sini adalah satu senarai perbezaan dan persamaan di antara calon yang bersaing untuk menjadi bakal presiden ekonomi ketiga terbesar Latin Amerika.

Scioli, yang berkhidmat sebagai naib presiden di bawah Nestor Kirchner (2003-2007), kini menjadi gabernor wilayah Buenos Aires, yang mengelilingi bandar ibu negara.

Scioli, 58, membesar dalam keluarga kaya yang memiliki satu rangkaian kedai kelengkapan. Beliau dipilih menjadi ahli Kongres pada 1997 dan menjadi perdana menteri sukan dan pelancongan pada 2002, sebelum Nestor memilihnya untuk calon naib presiden.

Macri, polihan utama penduduk Argentina yang bosan dengan dasar ekonomi Kirchner, menjadi popular sebagai presiden kelab bola sepak paling popular di Argentina, Boca Juniors, yang memenangi beberapa kejuaraan di bawah pentadbirannya.

Datuk bandar Buenos Aires sejak 2007, beliau mempelopori satu gerakan dipanggil “Marilah Berubah” yang mahu mengundurkan dasar 12 tahun yang dikatakan oleh Kirchner akan membantu kelas bekerja tetapi pemimpin perniagaan berkata akan menjejas pertumbuhan ekonomi.