Presiden baru angkat sumpah

Presiden baru angkat sumpah

MANILA 30 Jun (AFP) – Rodrigo Duterte memberi amaran tentang ‘kesukaran’ selepas mengangkat sumpah sebagai presiden Filipina hari ini, dengan menjanjikan perang tidak henti-henti ke atas jenayah dan rasuah, tetapi juga akan menjadi pemimpin yang menyatukan.

Duterte, 71 tahun telah memenangi pilihan raya bulan lalu dengan kemenangan besar selepas kempen yang didominasi oleh ancaman mulut cabul untuk membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah dan kecaman ke atas elit negara yang mengetepikannya sebagai wira yang mengapi-apikan dan anti penubuhan.

Selepas mengangkat sumpah di hadapan bilangan kecil hadirin di istana presiden Malacanang, yang menamatkan era Beningo Aquino, Duterte membayangkan sesungguhnya akan ada beberapa hari suram dalam tempoh enam tahun beliau sebagai presiden.

“Perjalanan akan sukar tetapi marilah ikut saya sama,” Duterte berkata dalam ucapan ringkas dengan ucapan pembukaan yang menumpu pada tema sama tentang perlunya untuk menanamkan disiplin dalam masyarakat yang penuhi rasuah.

Presiden Benigno Aquino (tengah) yang bersara, berjalan keluar semasa penggantinya Rodrigo Duterte (tengah, kiri) melihatnya pergi semasa majlis persaraan Aquino menjelang pengangkatan sumpah presiden baru di Istana Malacanang di Manila pada 30 Jun. – AFP
Presiden Benigno Aquino (tengah) yang bersara, berjalan keluar semasa penggantinya Rodrigo Duterte (tengah, kiri) melihatnya pergi semasa majlis persaraan Aquino menjelang pengangkatan sumpah presiden baru di Istana Malacanang di Manila pada 30 Jun. – AFP

“Masalah yang mengganggu negara kita hari ini yang perlu ditangani dengan segera ialah rasuah, pada kedudukan tinggi dan rendah dalam kerajaan, jenayah di jalanan dan jualan meluas dadah di semua strata masyarakat Filipina dan kegagalan peraturan dan keamanan,” kata Duterte.

Duterte, seorang peguam yang meraih reputasi autoritarian ketika menjadi datuk bandar bagi bandar selatan Davao bagi kebanyakan tempoh dua dekad lalu, berkata masalah ini adalah simptom hakisan kepercayaan rakyat Filipina kepada para pemimpin negara.

Duterte telah menggariskan wawasan bagi program anti jenayah beliau yang termasuklah memperkenalkan semula hukuman mati, dengan kaedah penghukuman yang beliau sukai ialah hukuman mati di tali gantung.

Duterte berkata beliau akan mengeluarkan arahan tembak dan bunuh kepada perkhidmatan keselamatan dan menawarkan mereka ganjaran bagi mayat-mayat penjual dadah. Beliau juga menggesa rakyat biasa Filipina supaya membunuh penjenayah yang disyaki.

ARTIKEL YANG SAMA