Presiden China janji bantuan ratusan juta dolar

Presiden China janji bantuan ratusan juta dolar

PHNOM PENH, 14 Okt – Presiden China Xi Jinping semalam telah menjanjikan Kemboja bantuan dan pinjaman beratus-ratus juta dolar, ketika lawatan rasmi ke negara itu, salah satu daripada sekutu-sekutu serantau paling akrab Beijing.

Beratus-ratus orang pelajar melambai-lambaikan bendera Kemboja dan China dalam menyambut ketibaan Xi bersama-sama pegawai-pegawai di lapangan terbang sebelum konvoi kereta yang membawa mereka bergerak ke bandar untuk menghadap keluarga diraja dan kemudian mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Hun Sen.

Semalam kedua-dua pemimpin telah menandatangani 31 perjanjian yang menyaksikan China memberikan Kemboja bantuan bernilai AS$178 juta bagi kerjasama ekonomi, pinjaman AS$59 juta sera tambahan AS$15 juta dalam bantuan ketenteraan. Xi juga telah melupakan hutang berjumlah AS$89 juta, menurut para pemimpin dalam pengumuman bersama selepas majlis penandatanganan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA