Presiden China ucap tahniah pelantikan presiden Nepal

Presiden China ucap tahniah pelantikan presiden Nepal

BEIJING, China, 3 Nov (Agensi) – Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Bidhya Bhandari atas pelantikannya sebagai presiden wanita pertama Nepal.

Dalam satu mesej bertarikh Jumaat lalu, Xi berkata bahawa China sentiasa menghormati dan menyokong rakyat Nepal dalam memilih sendiri sistem sosial dan hala tuju pembangunan.

Di bawah tampuk pimpinan Bhandari dan kerajaan Nepal, Nepal akan memulakan perjalanan baru pada pembangunan, kata presiden China itu.

Sambil menyatakan bahawa Chian mempunyai kepentingan yang besar untuk membangunkan hubungan dengan Nepal, Xi berjanji akan bekerjasama dengan Bhandari untuk memperkukuhkan lagi perkembangan perkongsian kerjasama komprehensif China-Nepal.

Bidhya Bhandari yang telah dilantik sebagai presiden wanita pertama Nepal. – Reuters
Bidhya Bhandari yang telah dilantik sebagai presiden wanita pertama Nepal. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA