Presiden Colombia selia siasatan serangan bom

Presiden Colombia selia siasatan serangan bom

BOGOTA, Columbia, 6 Julai – Presiden Colombia Juan Manuel Santos berjumpa dengan pegawai keselamatan tertinggi bagi menyelia penyiasatan dua serangan bom di ibu negara yang telah mencederakan 10 orang dan menggegarkan penduduk bandar yang tidak biasa dengan tindakan keganasan itu.

Bom buatan sendiri itu diledakkan pada Khamis lalu di pejabat dana pencen, termasuk cawangan di daerah kewangan itu.

Satu mangsa masih lagi dirawat di hospital.

Pihak berkuasa menawarkan bayaran $40,000 bagi sebarang maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan penjenayah tersebut.

Spekulasi tersebar luas mengatakan serangan itu dilakukan oleh Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia, tetapi tiada bukti menunjukkan pasukan pemberontak itu melakukannya.

FARC pada Mei telah menggantung gencatan senjata sebelah pihak dan sejak itu telah melakukan beberapa serangan di seluruh negara tetapi setakat ini Bogota telah terhindar dari serangan tersebut.