Presiden Dos Santos letak jawatan 2018

Presiden Dos Santos letak jawatan 2018

LUANDA, 11 Mac (Reuters) – Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santos mengatakan hari ini bahawa beliau merancang untuk meletak jawatan pada 2018 selepas memegang tampuk pimpinan sejak 1979, menjadikan beliau pemimpin paling lama berkhidmat di Afrika.

Angola, anggota OPEC dan pengeksport minyak terbesar kedua Afrika selepas Nigeria, bergantung ke atas hasil eksport minyak mentah lebih daripada 90 peratus daripada hasil bursa saham.

Pilihan raya negara itu akan diadakan pada 2017.

“Saya membuat keputusan untuk meninggalkan dan menamatkan kehidupan politik pada 2018,” kata Dos Santos dalam ucapan anggota badan pembuat keputusan penting parti pemerintah yang disiarkan dalam radio.