Presiden Duterte akhiri lawatan negara ke Brunei

Presiden Duterte akhiri lawatan negara ke Brunei

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Presiden Republik Filipina, Rodrigo Roa Duterte meninggalkan Negara Brunei Darussalam, hari ini, setelah menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke negara ini.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Menteri Pengiring.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Al-Islam; juruiring tentera, pegawai-pegawai penghubung serta pegawai-pegawai dari Kedutaan Filipina. Lawatan negara Presiden Filipina itu memberikan penekanan kepada hubungan erat di antara kedua-dua buah negara yang sekian lama terjalin dan menandakan hubungan kerjasama yang baru yang diterokai dalam pelbagai bidang.

Yang Berhormat Pehin mengucapkan selamat berlepas kepada Presiden Duterte. - Gambar Infofoto
Yang Berhormat Pehin mengucapkan selamat berlepas kepada Presiden Duterte. – Gambar Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA